MASJID MUHAMMAD ALI PASHA
Masjid Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster adalah
sebuah masjid yang terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di
bangunkan oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848 dan merupakan masjid yang paling tersohor di
Kairo. Masjid ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putera
tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada 1816. Masjid ini, bersama dengan
benteng, adalah salah satu landmark dan tujuan pelancongan di Kairo Mesir dan
merupakan salah satu tempat pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota
dari sisi mana pun.
MASJID AL-AZHAR
Masjid ini
telah didirikan pada zaman kerajaan Fatimiyah selama dua tahun. Proses
pembinaan terjadi selepas kerajaan Fatimiyah dapat menakluk Mesir. Oleh yang
demikian, Jeneral Jawhar Al-Saqili telah mengarahkan untuk membina masjid ini
bagi menjadikan pusat ibadah kepada tentera Jawhar Al-Saqili yang bermazhab
Syiah Ismailiyah.
MASJID ABU EL-ABBAS EL-MURSI
Masjid ini terletaknya di kawasan Anfoushi di
Iskandariah, berhampiran dengan Citadel Qaitbay. Masjid bersejarah yang
terpenting di Iskandaria, Mesir, dan juga sebuah yang sangat cantik, ia
dianggap kepunyaan al-Mursi Abu'l-'Abbas. Bangunan kini dibina pada 1775, di
atas kubur wali Sufi abad ketigabelas, Ahmed Abu'l-Abbas al-Mursi (digelar
sebagai al-Mursi Abu'l 'Abbas) yang memasuki dan kemudian memimpin, sebagai
seorang Sufi yang kuat, persaudaraan Shadhiliyya.
MASJID AMRU AL-'AS RADHIALLAHU ANHU
Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan
masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah
dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu.
Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu anhu telah memeberi tanggungjawab kepada
Amru al ‘As untuk membina masjid setelah berjaya membuka Mesir. Pembinaannya
dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu
sebelum Kaherah.
Masjid
Saidina Hussain radhiAllahu anhu
Masjid
ini terletak berhampiran dengan Masjid Al-Azhar. Menurut setengah pendapat ada
yang menyatakan kepala Saidina Husein dikebumikan di sini. Sesetengah pendapat
lain pula menyatakan kepala beliau dikebumikan di Baqi', Madinah al
Munawwarah.
Masjid
Nasir Muhammad Qalawun
Masjid
Qalawun dinasabkan kepada salah seorang panglima tentera Salahuddin al-Ayyubi
yang telah memberikan sumbangan besar dalam peperangan dan penyebaran Islam.
Masjid ini dibina pada tahun 1335M, terletak unik dan strategik di dalam kubu
Sultan Salahuddin. Masjid ini juga dikenali sebagai Muzium Tiang kerana
majoriti hiasan dalamannya difokuskan kepada tiang- tiang dengan seni ukiran
Islam.
Masjid
Sariah Jabal
Nama
diambil sempena seorang sahabat nabi yang menyertai pasukan ketenteraan Saidina
Amru al-‘As bernama Sariah jabal. Beliau juga dikenali sebagai Sulaiman Pasha.
Masjid tertua di dalam kubu ini dibina pada zaman pemerintahan
Fatimiyyah.
Masjid
Sultan Hassan
Kedudukan
masjid terletak besebelahan dari kubu Salahuddin al-Ayubi dan dapat dilihat
dengan jelas kedudukannya jika dilihat dari kubu tersebut . Masjid Hassan
dibina oleh Sultan Hassan dari Dinasti Mamalik pada tahun 1356 M. Tedapat di
sana sekolah-sekolah yang telah diasaskan oleh Sultan Hassan yang sebelum ini
merupakan pusat latihan kejuruteraan. Kawasan solatnya seluas 6500 meter
persegi dan 1767 persegi meliputi kawasan-kawasan lain.
Masjid
al-Rifaie
Kedudukan
Masjid Rifaei bersebelahan dengan Masjid Sultan Hassan. Imam Rifaei adalah
merupakan seorang ulama' pendakwah yang masyhur. Walaupun masjid ini terkenal
dengan nama Masjid Rifaei akan tetapi menurut catatan sejarah, beliau tidak dikebumikan
di sini. Sebaliknya dikebumikan di Ummu Ubaidah, Iraq. Di dalam masjid tersebut
terdapat beberapa buah maqam. Di antaranya makam Raja Farouq, anaknya Raja
Fouad II, ibunya, serta makam Shah Iran yang mati dalam buangan Iran selepas
peristiwa Revolusi Iran yang dipelopori oleh golongan mahasiswa yang memilih
Ayatollah Khomeini sebagai pemimpin negara.
Masjid
Ibnu Thulun
23
Ramadhan bersamaan 220 Hijriah, Ahmad bin Thulun menjadi pengasas dinasti
Thuluniah pada abad ke-3 Hijriah. Dinasti Thuluniah ini merupakan dinasti
kerajaan Abbasiyyah pertama yang berjaya menguasai Mesir dan Syria. Masjid Ibn
Thulun ini didirikan pada tahun 869M semasa Dinasti Thulun oleh Ahmad Ibnu
Thulun. Ia terletak di kawasan Sayyidah Zainab. Halamannya adalah sangat luas dan
senibinanya mewakili corak-corak masjid negara Mesir.
Masjid
Qait Bey
Dibina
oleh salah seorang Sultan Qait Bey pada tahun 1472M. Terletak di sebelah timur
pelabuhan Iskandariah. Keluasan benteng ini adalah 2 hektar dan seni binanya
bercirikan senibina Islam.
Masjid
Nabi Daniel
Terletak
di Mahattah Masr, Iskandariah. Di dalam masjid ini terdapat makam Nabi Daniel
dan Makam Luqmanul Hakim alaihuma salam.
Masjid
al-Mawafi
Masjid
al-Mawafi adalah sebuah masjid yang termasyhur di Bandar Mansurah yang diasaskan
oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 543H (988M). Nama masjid ini
dinasabkan kepada nama salah seorang syeikh yang berusaha menjadikan masjid ini
sebagai pusat pengajian agama.