Barisan Salafi mengumumkan sokongan resminya yang menyeluruh untuk Dr Mohd Mursy, calon jemaah Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan dalam Pilihanraya Parlimen 23-24 Mei ini. Barisan Salafi menyebut bahawa keputusan ini diambil berdasarkan beberapa faktor terutamanya kesepakatan kebanyakan badan dan gerakan Islam seperti Badan Syariyyah Hak Asasi manusia, badan Ahlus Sunnah wal jamaah dan Ikhwan Muslimin sendiri. Bada Salafi juga yakin dengan projek pembangunan demi kebaikan Mesir dan rakyatnya yang dibentangkan oleh Dr Mohd Mursy dengan meminta agar beliau mengotakan apa yang dijanjikan.
Diantara faktor sokongan tersebut lagi adalah cubaan berbagai badan yang cuba mengenakan sekatan terhadap jemaah dan calon Ikhwan Muslimin serta tekanan kearah memecah undi golongan Islam, ke arah menjayakan calon Regim yang lalu menduduki kerusi pemerintahan.
Kenyataan resmi Barisan Salafi menyokong Dr Mursy selaku calon Presiden Mesir.
Pada mereka, Dr Mohd Mursy juga bergabung dengan jemaah besar yang berinstitusi lagi bersifat kemasyarakatan yang mampu mendokong dan membantu beliau serta menarik pelaburan besar demi menlonjakkan ekonomi Mesir, juga mampu mengisi keperluan tenaga kerja di setiap lapangan dan institusi negara yang besar dan penting ke arah mencapai keseimbangan politik dalam negara.
Barisan Salafi juga meminta Dr Mohd Mursy agar memelihara identiti negara Mesir sebagai negara Islam dan Arab, Syariah Islamiah sebagai sumber utama undang-undang negara dan menyelamatkan Mesir dari pemerintahan diktator menjadi negara keadilan, kebebasan dan berinstitusi serta memelihara hak-hak dan kebebasan umat Islam dan bukan-Islam disetiap lapisan masyarakat Mesir.
Sumber: http://inijalanku.wordpress.com/2012/05/04/barisan-salafi-mesir-menyokong-dr-mursy-calon-presiden-mesir/
No comments:
Post a Comment